Thursday, June 12, 2014

Puding Kastad


Assalamualaikum..

selamat pagi..semalam puasa,cuaca smlm mmg panas..katanya disebabkan el Nino..rasa panas yang terik sgt..klo diberi pilihan mmg x nk kuar umh..huhu..dengan cuaca pns,ape lg..nk sedpkan tekak berbukalh dengan puding kastad letak ais cikit..mmg lega lps tue... meh,mira kongsi resepi..


bahan-bahan:

200g tepung kastad
2 liter air *saya buat 1.5 liter sahaja sebab nak keras sikit mudah dipotong
1/4 cawan gula pasir
1/3 cawan susu sejat ideal *saya guna susu cair MARIGOLD

-campur semua bahan kecuali susu kedalam periuk
-kacau atas api perlahan hingga berkilat
-akhir sekali tuang susu sejat
-kacau2 sebentar hingga rata (jangan terlalu kental)
-bolehlah tuang atas loyang atau bekas kecil2
-sejukkan baru keluarkan dari bekas atau dipotong kecil

---------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI KUAH SUSU BERKOKTEL

1 tin buah2an koktel bersirap
2 tin susu cair
air gula secukupnya (ikut citarasa masing2 kalau nak manis atau kurang)
air masak secukupnya

-campur semua bahan di dalam bekas @ mangkuk hidangan besar
-boleh juga masukkan sumi jelly sebagai tambahan
-(boleh juga di tambah buah2 potong segar yang lain seperti strawberry)
-simpan kuah di dalam peti ais untuk menyejukkannya atau letak air batu ketul

-bolehlah dihidang bersama puding kastad tadi


Apam Polkadot

assalammualaikum...

selamat pagi warga blogger,, hari nie nk kongsi 1 resepi apam polkadot.apam yang comel dan cute..gabungan warna yg cntek,,ishh..geram je ble tgk apam polkadot nie,rasa sayang sgt nk mkn...apatah lagi klo tekstur yg gebu dan ada filling dalam tue...mmg best..ok,senang je nk wat apam yg comel nie...


bahan-bahan:

3biji telur gred A (dari peti ais) *saya guna telur dalam suhu bilik biasa
*280g (2cwn) tepung gandum
*2sdt baking powder
*diayak bersama
220g (1 1/2 cwn) gula halus (kalau letak filling guna 200g sahaja)
250ml (1cwn) susu segar/susu cair/santan/susu UHT *saya guna susu cair jenama marigold tin warna pink
1sd kecil ovalette
1sdt esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
filling (ikut citarasa sendiri spt chocolate, strawberry, kelapa, kaya, peanut butter) masuk dlm piping bag
pewarna (ikut citarasa masing2)

pukul telur + gula + ovalette sampai kembang dengan kelajuan maksimum, adunan ni akan jadi pekat, putih & berkrim bila dah betul2 kembang *biasa 1 adunan ni saya pukul 5 - 6 minit
kemudian slowkan speed baru masukkan tepung + baking powder + bahan cecair secara berselang seli
*masa keseluruhan mengadun dalam 10 - 12 minit
(sementara itu, didihkan air kukusan yang diletak daun pandan untuk apam lebih wangi)
bahagi adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna
masukkan setiap bahagian dalam piping bag
(untuk buat dot, asingkan sedikit adunan dalam piping bag khas untuk buat dot sahaja)
susun acuan lompang dalam pengukus & masukkan paper cup dalam acuan lompang
picit adunan dlm paper cup 1/2 cup
picit filling ikut citarasa
picit adunan sama @ lain warna sehingga penuh
kemudian dot2 kan dengan warna pilihan

bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api & kukus selama 15 minit



Kek coklat versi kukus




Assalammualaikum..hari ini mira nk kongsikan resepi kek coklat versi kukus. boleh di makan untuk minum petang atau pun kenduri. mudah di buat.rasa yang sangat sedap dan tidak muak..
 Bhn-bhn yg perlu dimasak atas api
- 1 cwn susu cair
- 1cwn serbuk koko,
- 1 cawan susu pekat,
- 1 cawan gula 
-  sedikit serbuk penaik
- 1 sudu esen vanilla, 
- 1 cwn minyak(tp yg ni masukkan last skali).
   Masak sampai semua bhn2 itu sebati yer.

Bhn yg perlu dikisar@blender jer senang
- 1 cwn tepung gandum 
- 4 biji telur.


Step last
 bhn2 yg dimasak td dicampurkan dgn bhn2 yg di blend td..siap..masuk dlm loyang..kukus selama 30-40 minit..api sederhana

- biarkan sejuk di atas kedai,kemudian boleh di hiakan dengan coklat ganache..

choc ganache


250 g coklat masak
100 g whipping cream
40 g butter

double boilkan choc masak dengan whipping cream.
kacau sehingga cair,masukkan butter dan kacau.
biarkan sejuk atau suam-suam rasanye,tuangkan di atas kek..boleh di hiasa dengan choc rice atau almond slice..

Wednesday, June 4, 2014

durian crepe

DURIAN CREPE

Assalammualaikum...

seperti yang dijanjikan,hari nie mira kongsikan cara-cara untuk menyediakan durian crepe yang mudah dan pastinya sangat sedap. selain durian,ia juga boleh digantikan dengan oreo,bluberry filligf,strawberry filling dan sebagainya..selamat mencuba..

Bahan-bahan

Bahan2 kering ini perlu di ayak
-  15gm tpg hongkong
-  25 gm tpg jagung
- 13gm tpg ubi kentang
-  13gm tepung ubi kayu
-  8 gm tepung kastard
- 20 gm gula aicing
- 1/8 teh garam
- 15gm butter cair/ minyak biasa/jagung
-  250gm air
- 1 sudu essen vanilla
-  6 biji telor gred A
 pewarna kuning - kesemua bahan ini disebatikan

 INTI:

200ml fresh milk
100 ml fresh cream - Double boil bahan ini hingga panas..masukkan
25gm tpg kastard,
50 gm gula castor,
2 biji kuning telur, dan
25ml fresh milk -kacau sehingga adunan ini pekat..lepas tuh sejukkan semalaman
200gm fresh cream  (yg dipkl hingga bertanduk. lepas dah custard kite sejuk baru kaup balik dgn fresh cream bertanduk).simpan lagi dlm peti ais.

Cara-cara

1.utk buat kulit masukkan kesmua bahan2 tepung dlm bowl..buat lubang di tengah..masukkan bahan cecair sikit demi sikit..kacau sampai sebati dan tapis baru masukkan pewarna




2. tuang sesenduk dlm nonstick pan..lenggang kasi nipis.tak perlu terbalikkan....bila dh siap..letak custard filling n isi durian..lepas tuh balut mcm balut popia..tp kena hati2 jangan sampai terkoyak...



Wednesday, May 28, 2014

Durian Crepe


Assalammualaikum..

nk cter pasal durian crepe nie.rasanya ramai yang dah pernah rasakan..kalau yang belom pernah rasa tue,ape tunggu lg..pergilah cari..haha...rasa durian crepe yang sangat marveloss...krim yang manis,di balut dengan kulit senipis lempeng..lagi nipis dari lempeng tau..pehh..dapat rasakn durian kt tekak nie...hihi,,mlm2 cmnie wat hari org tergoda plak psl durian crepe. nk thu resepi??? haaa..knelh tggu ye...next post mira akan bg resepi...kalau mls nk wat,nk mkn je,,ok mira ada bg link jual crepe,tp arae pasir gudang sahaja..
klik





Thursday, May 22, 2014

cornflakes madu



Assalammualaikum..

dalam blog arinie asyik pos biskut raya je...sbb ati nie x sbr dah nk raya..
ok,pape pon cubalah resepi cornflake madu nie..
simple dan mudah dbuat..selamat  mencuba


bahan-bahan:

350g/1 kotak conflakes (terpulang nk pkai brand ape)
120g butter
5 sudu besar madu
50g gula kastor
badam
kismis atau buah campur


cara-cara:

1. pukul butter dan gula sehingga sebati
2. campurkan adunan tadi kedalam conflake.
3. masukkan badam dan buah cmpur,gaul rata.
4.masukkan adunan kedalam paper cup.
5, masukkan kedalam oven selama beberapa minit sahaja.
6.biarkan sejuk kemudian simpan ke dalam bekas kedap udara.


florenta cookies

FLORENTA COOKIES


Assalammualaikum..

x sabar sebenarnya nk raya nie,hihi..kali nie mira kongsi biskut yang super duper sedap..pasti mkn nk lagi..haa,nama biskut nie adalh florenta cookies a.k.a crunchy caramel.. kat luar hrga biskut nie,uuiiii...mahal sangat..lebih baik buat sendri,lbh berbalaloi....




bahan-bahan:

1/2 paket tepung florenta
300g almond
50g bijan hitam
100g bunga kuaci




cara-cara:

1. gaulkan tepung florenta dengan kekacang.
2 .alaskan baking tray dengan baking paper.
3. tuang bahan-bahan tersebut diatas tray.jgn terlalu tebal ye. hanya pastikan kekacang bersalut dengan           tepung florenta,kemudian taburkan bijan hitam
4. panaskan oven terlebih dahulu.
5. masukkan ke dalam oven 180'c selama 7 minit atau florenta cair    berwarna kekuningan.
6. biarakan seminit,kemudia potong mengikut saiz yang dikehendaki dengan menggunakan pisau pizza. biarkan sejuk,barulah susun ke dalam bekas kedap udara.





double chocolate chip cookies



Assalammualaikum..

di sini mira nk kongsi resepi biskut..haa,raya tggl beberapa bulan je.. so,bolehlah wat biskut raya sendri...resepi sangat2 mudah..

Resepi Double Chocolate Cookies

Bahan-bahan:
1 cawan butter - suhu bilik
1 cawan gula perang
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum@tepung serbaguna
2/3 cawan serbuk koko
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
2 cawan coklat hitam - chocolate chip@cincang
1/2 cawan kacang - optional (saya letak almond nibs)

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 175C.
2. Pukul butter dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
3. Satukan bahan kering seperti tepung, serbuk koko, baking soda dan garam dan gaul sebati. Masukkan bahan kering ke dalam adunan butter dan gaul sebati. (Boleh guna tangan@mix dengan k-beater)
4. Gunakan sudu kecil, kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yang sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut masak.

victoria sponge cake




Bahan-bahan (kek):

200 g tepung naik sendiri
200 g butter
170 g gula kastor
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
4 sudu besar susu (susu cair@fresh milk@full cream milk)

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C (guna api atas bawah). Griskan 2 loyang 8inci (20cm) dengan butter atau cooking spray dan alas loyang dengan baking paper. Pukul butter dengan gula kastor sehingga kembang dan berwarna pudar kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan pukul. Masukkan tepung, serbuk penaik dan susu sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga adunan sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian secara sama rata. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan permukaan adunan dengan spatula. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak. Cara nak pastikan kek dah masak, pertama warna kek akan bertukar warna keperangan. Selain tu boleh cucuk kek dengan lidi dan kalau dah masak, bila tarik lidi tu, ia bersih. Pastikan kek sejuk sepenuhnya sebelum di letakkan dengan filling.

Bahan-bahan (filling):

150 g whipping cream

2 sudu besar jem strawberry - bergantung kepada kemanisan yang diingini
10-12 biji strawberry

Cara-cara membuatnya;
1. Pukul whipping cream sehingga kembang (soft peak).
2. Masak strawberry dengan jem atas api sederhana panas. Kalau jem cair, boleh tambah sedikit tepung jagung (1 sudu teh). Kacau sehingga jem pekat.

Cara menghidang:
1. Sapukan whipping cream atas kek. Kemudian letak jem strawberry (mana-mana dulu pun tak apa). Kemudian lapis dengan satu lagi kek. Dust kan dengan icing sugar atau snow powder atas kek itu.. Siap untuk dihidang..





Tuesday, May 20, 2014

mango mousse

Mango Mousse


Assalammualaikum..

hari nie nk kngsi resepi mango mousse. cuaca panas-panas dapat makan mango mousse nie sgggttttttttt2 sedap,dpt bshkan tekak..

bahan-bahan:

2 biji buah mangga yang masak ranum,kupas kulit ambil isi sahaja
1/3 cwn gula kastor
1sudu bsr jus lemon
200ml whipping cream
1 sudu besar gelatin halal
1/4 cwn air panas
isi buah mangga potong dadu


cara-cara:
- satukan isi buah mangga dan gula kastor. kemuadian kisar sehingga halus.
  tapis bahan tersebut dan gunaka spatula tekan perlahan-lahan. tujuanya         untuk mengasigkan serat-serat yang ada pada buah mangga.ketepikan
- masukkan gelatin ke dalam air padas,biarkan sehingga gelatin larut.
- tuangkan gelatin itu ke dalam puree mangga,kacau rata dan ketepiakn.
- putarkan whipping krim hingga kental.
- tuangkan puree manga ke dalam bekas atau cawan berkaki. 
- masukkan whipping krim ke dalam piping beg dan boleh gunakan nozzle star   dan paipkan ke atas puree tersebut.
- masukkan ke dala peti sejuk supaya,puree mengeras
- hiasakan dengan mangga yang di potong dadu.





Friday, May 16, 2014

vanilla cream puff






 
 
Assalammualaikum...
 
selamat pagi,hari sabtu yang damai..seronokkan kalau sediakan cream puff untuk anak-anak atau family utk minum petang..
arinie mira nk kongsi resepi vanilla cream puff..
sebelum tue kena sediakan krim kastard dlu...
 
 
bahan-bahan untuk krim kastard:
 
1/2 cwn @ 85g tepung gandum (ayak)
11/2 sudu makan tepung kastard( ayak)
1/2sudu gula kastor
4 biji kuning telur
3 cawan susu
30g butter
1 sudu teh essen vanilla
secubit garam
 
 
cara-cara:
 
1. satukan tepung dan gula dalam 1 bekas
2. masukkan 4 biji telur dan 1 cawan susu.kacau sebati
3. masukkan semua baki susu,secubit garam dan essen vanilla.kacau rata
4. panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga adunan pekat
5. sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerask di dasar.
6. bila ia dah meletup-meletup segera tutup api
7. tanbahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan kilat.
8. biarkan ia sejuk.simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk
 
 
bahan-bahan puff pastry:
 
120 butter
3/4 cawan air
11/3 cawan @ 170 g tepung gandum (ayak)
5 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula
 
cara-cara:
 
1. satukan butter,garam,gula,air dalam periuk kecil dan panaskan atas api sehingga mendidih.
2. bila dh mendidih,tutup api.dengan kadar segera masukkan tepung yang di ayak dengan segera.
3. kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi doh yang lembut
4. masukkan telur-sebelum tue telur hendaklah di pukul dahulu hingga arta
5. tuangkan telur sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati
6. masukkan adunan ke dalam piping beg,boleh paki nozzle(star)
7. panaskan oven 15minit sebelum bakar,suhu 210-220 mengikut oven masing-masing
8.lapik dulang pembakar dengan baking paper,paipkan adunan ke atas dulang pembakar
9. bakar adunana 210'c dalam masa 20-25 minit hingga permukaan kuning keemasan
10.turukan suhu 100'c dan bakar selama 15minit
11.sejukkan diatas redai,jika dah sejuk bolehlah paipkan krim kastard ke dalam puff
 


 
 
 
 


Monday, May 12, 2014

Tips menghias cupcake


untuk menghias cupcake yang mudah dan cantek. dengan menggunakan nozzle yang mudah didapati di kedai bakery. dengan menggunakan nozzle yang sama boleh mengashilkan hiasan yang berlainan..






Tips menghias kek


Assalammualaikum..

kepada pembuat kek yang baru nk berjinak-jinak dalam bidang nie,msti ada masalah untuk mendeco kekkan..terutamannya yang "beginner". mira nk kongsi beberapa tip yang boleh diaplikasikan diatas kek untuk kek lebih cantik dan kemas. dengan menggunakan buttercream atau cream kita boleh menghasilakn corak-corak yang cantik..










fruit tart





Assalammualaikum... mari belajar cara-cara untuk buat fruit tart sendiri di rumah...


bahan-bahan untuk kulit tart:

200g butter
75g gula aising
360g tepung superfine
1 bji telur (A)
essen vanilla
garam

cara-cara:

1. pukul butter dan gula sehingga gebu. masukkan telur,essen vanilla dan garam.
2. masukkan tepung supaya menjadi doh.
3. rehatkan di dalam peti selama 30 minit
4. keluarkan doh dah tekan kedalam acuan tart
     cucuk dasar tart dengan menggunakan garfu supaya kulit atrt tidak akna mnegelembung.
5. bakar hingga kekuningan pada suhu 150'c







bahan-bahan kastard:

200ml susu segar
40g gula kaster
4sudu tepung kastard (di campur sedikit air)

cara-cara:

1. letakkan susu dan gula ke dalam periuk, didihkan di atas api perlahan,kemudian masukkan tepung kastard    dan kacau sehingga pekat.
2. biarkan sejuk kemudian masukkan kedalam piping beg dan pipingkan ke dalam kulit tart
3.hiasakan dengan buah-buahan.


                                       

Congo bars




Assalammualaikum...congo bars nie sejenis brownies tau.. tekstur yang lembut dan manis... sesuai dihidangkan untuk majlis seperti rumah terbuka,kenduri,sambutan hari jadi dan sebagainya.. jom kati tengok cara utuk menyediakna congo bars nie..

bahan-bahan:

15og butter
200g gula perang
315g tepung superfine/tepung gandum (ayak)
3biji telur (A)
21/2 sudu kecik baking powder
200g choc chip
100g kekacang


cara-cara:

1. puku; butter dengan gula perang dengan hand whisk.
2. kemudian masukkan telur satu persatu dan gaul rata.
3. masukkan tepung dan baking powder gaul supaya rata.
4. masukkan choc chip dan kekacang ke dalam adunan.
5. masukkan adunan ke loyang yang telah di alas dengan kertas minyak




6. bakar pada suhu 150'c selama 20-25 minit
7. sejukkan dahulu baru potong





Pavlova




Assalammualaikum.. esok cutikan,selamat bercuti kepada yang cuti esok yee,haa..banyak masa nie..malam nie nk kongsi resepi untuk buat pavlova yang super delicious gitu.. jom,kata tengok bahan-bahan yang diperlukan ye..


bahan-bahan:

4 biji putih telur
175g gula kastor
1sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil teoung jagung

hiasan:

250g whipping cream
buah-buahan (buah masam)
 - strawberry
 - kiwi
- anggur
- blueberry


cara-cara:

1. pukul putih telur sampai gebu,nk tahu gebu cmne,terbalikkan bekas,klo x jatuh ok lh tue
2. masukkan gula kemudian pukul sampai gebu dan kilat
3. masukkan cuka dan tepung jagung.
4. kemudian di atas loyang letakkan kertas minyak,bentukkan bahan dia atas kertas minyak.


5. bakar 150'c selama 1 jam.
6. apabila dah masak,buka pintu oven sedikit,biarkan pavlova sejuk di dalam.


7. keluarkan dari oven sediakan krim untuk hiasan.
8. pukul krim sampai gebu.
9. hiaskan pavlova dengan buah-buahan




p/s: pavlova nie mmg manis,so..jgn terkejut ea..


                    ********************SELAMAT MENCUBA **************************


Rainbow cookies


Assalammualaikum..

seperti yang telah mira janjikan semalam untuk kongsikan resepi nk wat rainbow cookies nie.. ok,arinie ada masa yang terluang blhlh mira kongsi resepi tue..

resepi yang mudah dan ringkas..

bahan-bahan:

Bahan A

113g mentega
60g gula aising
93g teoung gandum
18g tepung jagung
vanillin or essen vanilla


Bahan B
1 biji putih telur (A)



pewarna: merah,kuning,oren,biru,hijau

cara-cara:

1. pukul mentega. gula,vanillin smapi gebu sedikit. kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung,gaul rata.
2. putih telur pukul kt bekas lain sampai gebu,ble terbalikkan bahan tak jatuh
3. masukkan bahan b kedalam bahan a dan gaul rata.
4. bahagikan 5 tempat dan campur dengan perwarna.
5. masukan ke dalam piping beg


6. pancitkan adunan ke dalam loyang rainbow cookies
7. kemudian bakar 150'c selama 15-20 minit.


8. sejukkan kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara





                                  *****************SELAMAT MENCUBA**********

Sunday, May 11, 2014

Rainbow cookies


hari raya bakal hampir tiba.hasrat dihati nak buat biskut raya sendiri,tapi tak tahu resepi.ada satu biskut yang mudah dan menarik sebab biskut nie warna-warni. 


Inilah dia biskut rainbow cookies.Ada 6 warna. untuk biskut nie, resepi Mira akan kongsikan,setia menunggu dari Mira.



Cantik kan,tetamu akan gembira jika mereka dihidangkan dengan rainbow cookies nie. next post adalah resepi,stay tune..