Thursday, May 22, 2014

victoria sponge cake




Bahan-bahan (kek):

200 g tepung naik sendiri
200 g butter
170 g gula kastor
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
4 sudu besar susu (susu cair@fresh milk@full cream milk)

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C (guna api atas bawah). Griskan 2 loyang 8inci (20cm) dengan butter atau cooking spray dan alas loyang dengan baking paper. Pukul butter dengan gula kastor sehingga kembang dan berwarna pudar kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan pukul. Masukkan tepung, serbuk penaik dan susu sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga adunan sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian secara sama rata. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan permukaan adunan dengan spatula. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak. Cara nak pastikan kek dah masak, pertama warna kek akan bertukar warna keperangan. Selain tu boleh cucuk kek dengan lidi dan kalau dah masak, bila tarik lidi tu, ia bersih. Pastikan kek sejuk sepenuhnya sebelum di letakkan dengan filling.

Bahan-bahan (filling):

150 g whipping cream

2 sudu besar jem strawberry - bergantung kepada kemanisan yang diingini
10-12 biji strawberry

Cara-cara membuatnya;
1. Pukul whipping cream sehingga kembang (soft peak).
2. Masak strawberry dengan jem atas api sederhana panas. Kalau jem cair, boleh tambah sedikit tepung jagung (1 sudu teh). Kacau sehingga jem pekat.

Cara menghidang:
1. Sapukan whipping cream atas kek. Kemudian letak jem strawberry (mana-mana dulu pun tak apa). Kemudian lapis dengan satu lagi kek. Dust kan dengan icing sugar atau snow powder atas kek itu.. Siap untuk dihidang..





No comments:

Post a Comment