Assalammualaikum..
di sini mira nk kongsi resepi biskut..haa,raya tggl beberapa bulan je.. so,bolehlah wat biskut raya sendri...resepi sangat2 mudah..
Resepi Double Chocolate Cookies
Bahan-bahan:
1 cawan butter - suhu bilik
1 cawan gula perang
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum@tepung serbaguna
2/3 cawan serbuk koko
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
2 cawan coklat hitam - chocolate chip@cincang
1/2 cawan kacang - optional (saya letak almond nibs)
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 175C.
2. Pukul butter dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
3. Satukan bahan kering seperti tepung, serbuk koko, baking soda dan garam dan gaul sebati. Masukkan bahan kering ke dalam adunan butter dan gaul sebati. (Boleh guna tangan@mix dengan k-beater)
4. Gunakan sudu kecil, kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yang sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut masak.
No comments:
Post a Comment