Thursday, June 12, 2014

Puding Kastad


Assalamualaikum..

selamat pagi..semalam puasa,cuaca smlm mmg panas..katanya disebabkan el Nino..rasa panas yang terik sgt..klo diberi pilihan mmg x nk kuar umh..huhu..dengan cuaca pns,ape lg..nk sedpkan tekak berbukalh dengan puding kastad letak ais cikit..mmg lega lps tue... meh,mira kongsi resepi..


bahan-bahan:

200g tepung kastad
2 liter air *saya buat 1.5 liter sahaja sebab nak keras sikit mudah dipotong
1/4 cawan gula pasir
1/3 cawan susu sejat ideal *saya guna susu cair MARIGOLD

-campur semua bahan kecuali susu kedalam periuk
-kacau atas api perlahan hingga berkilat
-akhir sekali tuang susu sejat
-kacau2 sebentar hingga rata (jangan terlalu kental)
-bolehlah tuang atas loyang atau bekas kecil2
-sejukkan baru keluarkan dari bekas atau dipotong kecil

---------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI KUAH SUSU BERKOKTEL

1 tin buah2an koktel bersirap
2 tin susu cair
air gula secukupnya (ikut citarasa masing2 kalau nak manis atau kurang)
air masak secukupnya

-campur semua bahan di dalam bekas @ mangkuk hidangan besar
-boleh juga masukkan sumi jelly sebagai tambahan
-(boleh juga di tambah buah2 potong segar yang lain seperti strawberry)
-simpan kuah di dalam peti ais untuk menyejukkannya atau letak air batu ketul

-bolehlah dihidang bersama puding kastad tadi


Apam Polkadot

assalammualaikum...

selamat pagi warga blogger,, hari nie nk kongsi 1 resepi apam polkadot.apam yang comel dan cute..gabungan warna yg cntek,,ishh..geram je ble tgk apam polkadot nie,rasa sayang sgt nk mkn...apatah lagi klo tekstur yg gebu dan ada filling dalam tue...mmg best..ok,senang je nk wat apam yg comel nie...


bahan-bahan:

3biji telur gred A (dari peti ais) *saya guna telur dalam suhu bilik biasa
*280g (2cwn) tepung gandum
*2sdt baking powder
*diayak bersama
220g (1 1/2 cwn) gula halus (kalau letak filling guna 200g sahaja)
250ml (1cwn) susu segar/susu cair/santan/susu UHT *saya guna susu cair jenama marigold tin warna pink
1sd kecil ovalette
1sdt esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
filling (ikut citarasa sendiri spt chocolate, strawberry, kelapa, kaya, peanut butter) masuk dlm piping bag
pewarna (ikut citarasa masing2)

pukul telur + gula + ovalette sampai kembang dengan kelajuan maksimum, adunan ni akan jadi pekat, putih & berkrim bila dah betul2 kembang *biasa 1 adunan ni saya pukul 5 - 6 minit
kemudian slowkan speed baru masukkan tepung + baking powder + bahan cecair secara berselang seli
*masa keseluruhan mengadun dalam 10 - 12 minit
(sementara itu, didihkan air kukusan yang diletak daun pandan untuk apam lebih wangi)
bahagi adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna
masukkan setiap bahagian dalam piping bag
(untuk buat dot, asingkan sedikit adunan dalam piping bag khas untuk buat dot sahaja)
susun acuan lompang dalam pengukus & masukkan paper cup dalam acuan lompang
picit adunan dlm paper cup 1/2 cup
picit filling ikut citarasa
picit adunan sama @ lain warna sehingga penuh
kemudian dot2 kan dengan warna pilihan

bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api & kukus selama 15 minit



Kek coklat versi kukus




Assalammualaikum..hari ini mira nk kongsikan resepi kek coklat versi kukus. boleh di makan untuk minum petang atau pun kenduri. mudah di buat.rasa yang sangat sedap dan tidak muak..
 Bhn-bhn yg perlu dimasak atas api
- 1 cwn susu cair
- 1cwn serbuk koko,
- 1 cawan susu pekat,
- 1 cawan gula 
-  sedikit serbuk penaik
- 1 sudu esen vanilla, 
- 1 cwn minyak(tp yg ni masukkan last skali).
   Masak sampai semua bhn2 itu sebati yer.

Bhn yg perlu dikisar@blender jer senang
- 1 cwn tepung gandum 
- 4 biji telur.


Step last
 bhn2 yg dimasak td dicampurkan dgn bhn2 yg di blend td..siap..masuk dlm loyang..kukus selama 30-40 minit..api sederhana

- biarkan sejuk di atas kedai,kemudian boleh di hiakan dengan coklat ganache..

choc ganache


250 g coklat masak
100 g whipping cream
40 g butter

double boilkan choc masak dengan whipping cream.
kacau sehingga cair,masukkan butter dan kacau.
biarkan sejuk atau suam-suam rasanye,tuangkan di atas kek..boleh di hiasa dengan choc rice atau almond slice..

Wednesday, June 4, 2014

durian crepe

DURIAN CREPE

Assalammualaikum...

seperti yang dijanjikan,hari nie mira kongsikan cara-cara untuk menyediakan durian crepe yang mudah dan pastinya sangat sedap. selain durian,ia juga boleh digantikan dengan oreo,bluberry filligf,strawberry filling dan sebagainya..selamat mencuba..

Bahan-bahan

Bahan2 kering ini perlu di ayak
-  15gm tpg hongkong
-  25 gm tpg jagung
- 13gm tpg ubi kentang
-  13gm tepung ubi kayu
-  8 gm tepung kastard
- 20 gm gula aicing
- 1/8 teh garam
- 15gm butter cair/ minyak biasa/jagung
-  250gm air
- 1 sudu essen vanilla
-  6 biji telor gred A
 pewarna kuning - kesemua bahan ini disebatikan

 INTI:

200ml fresh milk
100 ml fresh cream - Double boil bahan ini hingga panas..masukkan
25gm tpg kastard,
50 gm gula castor,
2 biji kuning telur, dan
25ml fresh milk -kacau sehingga adunan ini pekat..lepas tuh sejukkan semalaman
200gm fresh cream  (yg dipkl hingga bertanduk. lepas dah custard kite sejuk baru kaup balik dgn fresh cream bertanduk).simpan lagi dlm peti ais.

Cara-cara

1.utk buat kulit masukkan kesmua bahan2 tepung dlm bowl..buat lubang di tengah..masukkan bahan cecair sikit demi sikit..kacau sampai sebati dan tapis baru masukkan pewarna




2. tuang sesenduk dlm nonstick pan..lenggang kasi nipis.tak perlu terbalikkan....bila dh siap..letak custard filling n isi durian..lepas tuh balut mcm balut popia..tp kena hati2 jangan sampai terkoyak...



Wednesday, May 28, 2014

Durian Crepe


Assalammualaikum..

nk cter pasal durian crepe nie.rasanya ramai yang dah pernah rasakan..kalau yang belom pernah rasa tue,ape tunggu lg..pergilah cari..haha...rasa durian crepe yang sangat marveloss...krim yang manis,di balut dengan kulit senipis lempeng..lagi nipis dari lempeng tau..pehh..dapat rasakn durian kt tekak nie...hihi,,mlm2 cmnie wat hari org tergoda plak psl durian crepe. nk thu resepi??? haaa..knelh tggu ye...next post mira akan bg resepi...kalau mls nk wat,nk mkn je,,ok mira ada bg link jual crepe,tp arae pasir gudang sahaja..
klik





Thursday, May 22, 2014

cornflakes madu



Assalammualaikum..

dalam blog arinie asyik pos biskut raya je...sbb ati nie x sbr dah nk raya..
ok,pape pon cubalah resepi cornflake madu nie..
simple dan mudah dbuat..selamat  mencuba


bahan-bahan:

350g/1 kotak conflakes (terpulang nk pkai brand ape)
120g butter
5 sudu besar madu
50g gula kastor
badam
kismis atau buah campur


cara-cara:

1. pukul butter dan gula sehingga sebati
2. campurkan adunan tadi kedalam conflake.
3. masukkan badam dan buah cmpur,gaul rata.
4.masukkan adunan kedalam paper cup.
5, masukkan kedalam oven selama beberapa minit sahaja.
6.biarkan sejuk kemudian simpan ke dalam bekas kedap udara.


florenta cookies

FLORENTA COOKIES


Assalammualaikum..

x sabar sebenarnya nk raya nie,hihi..kali nie mira kongsi biskut yang super duper sedap..pasti mkn nk lagi..haa,nama biskut nie adalh florenta cookies a.k.a crunchy caramel.. kat luar hrga biskut nie,uuiiii...mahal sangat..lebih baik buat sendri,lbh berbalaloi....




bahan-bahan:

1/2 paket tepung florenta
300g almond
50g bijan hitam
100g bunga kuaci




cara-cara:

1. gaulkan tepung florenta dengan kekacang.
2 .alaskan baking tray dengan baking paper.
3. tuang bahan-bahan tersebut diatas tray.jgn terlalu tebal ye. hanya pastikan kekacang bersalut dengan           tepung florenta,kemudian taburkan bijan hitam
4. panaskan oven terlebih dahulu.
5. masukkan ke dalam oven 180'c selama 7 minit atau florenta cair    berwarna kekuningan.
6. biarakan seminit,kemudia potong mengikut saiz yang dikehendaki dengan menggunakan pisau pizza. biarkan sejuk,barulah susun ke dalam bekas kedap udara.