Assalammualaikum... mari belajar cara-cara untuk buat fruit tart sendiri di rumah...
bahan-bahan untuk kulit tart:
200g butter
75g gula aising
360g tepung superfine
1 bji telur (A)
essen vanilla
garam
cara-cara:
1. pukul butter dan gula sehingga gebu. masukkan telur,essen vanilla dan garam.
2. masukkan tepung supaya menjadi doh.
3. rehatkan di dalam peti selama 30 minit
4. keluarkan doh dah tekan kedalam acuan tart
cucuk dasar tart dengan menggunakan garfu supaya kulit atrt tidak akna mnegelembung.
5. bakar hingga kekuningan pada suhu 150'c
bahan-bahan kastard:
200ml susu segar
40g gula kaster
4sudu tepung kastard (di campur sedikit air)
cara-cara:
1. letakkan susu dan gula ke dalam periuk, didihkan di atas api perlahan,kemudian masukkan tepung kastard dan kacau sehingga pekat.
2. biarkan sejuk kemudian masukkan kedalam piping beg dan pipingkan ke dalam kulit tart
3.hiasakan dengan buah-buahan.
No comments:
Post a Comment