Assalammualaikum...
selamat pagi,hari sabtu yang damai..seronokkan kalau sediakan cream puff untuk anak-anak atau family utk minum petang..
arinie mira nk kongsi resepi vanilla cream puff..
sebelum tue kena sediakan krim kastard dlu...
bahan-bahan untuk krim kastard:
1/2 cwn @ 85g tepung gandum (ayak)
11/2 sudu makan tepung kastard( ayak)
1/2sudu gula kastor
4 biji kuning telur
3 cawan susu
30g butter
1 sudu teh essen vanilla
secubit garam
cara-cara:
1. satukan tepung dan gula dalam 1 bekas
2. masukkan 4 biji telur dan 1 cawan susu.kacau sebati
3. masukkan semua baki susu,secubit garam dan essen vanilla.kacau rata
4. panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga adunan pekat
5. sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerask di dasar.
6. bila ia dah meletup-meletup segera tutup api
7. tanbahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan kilat.
8. biarkan ia sejuk.simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk
bahan-bahan puff pastry:
120 butter
3/4 cawan air
11/3 cawan @ 170 g tepung gandum (ayak)
5 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula
cara-cara:
1. satukan butter,garam,gula,air dalam periuk kecil dan panaskan atas api sehingga mendidih.
2. bila dh mendidih,tutup api.dengan kadar segera masukkan tepung yang di ayak dengan segera.
3. kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi doh yang lembut
4. masukkan telur-sebelum tue telur hendaklah di pukul dahulu hingga arta
5. tuangkan telur sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati
6. masukkan adunan ke dalam piping beg,boleh paki nozzle(star)
7. panaskan oven 15minit sebelum bakar,suhu 210-220 mengikut oven masing-masing
8.lapik dulang pembakar dengan baking paper,paipkan adunan ke atas dulang pembakar
9. bakar adunana 210'c dalam masa 20-25 minit hingga permukaan kuning keemasan
10.turukan suhu 100'c dan bakar selama 15minit
11.sejukkan diatas redai,jika dah sejuk bolehlah paipkan krim kastard ke dalam puff