Assalamualaikum..
selamat pagi..semalam puasa,cuaca smlm mmg panas..katanya disebabkan el Nino..rasa panas yang terik sgt..klo diberi pilihan mmg x nk kuar umh..huhu..dengan cuaca pns,ape lg..nk sedpkan tekak berbukalh dengan puding kastad letak ais cikit..mmg lega lps tue... meh,mira kongsi resepi..
bahan-bahan:
200g tepung kastad
2 liter air *saya buat 1.5 liter sahaja sebab nak keras
sikit mudah dipotong
1/4 cawan gula pasir
1/3 cawan susu sejat ideal *saya guna susu cair MARIGOLD
-campur semua bahan kecuali susu kedalam periuk
-kacau atas api perlahan hingga berkilat
-akhir sekali tuang susu sejat
-kacau2 sebentar hingga rata (jangan terlalu kental)
-bolehlah tuang atas loyang atau bekas kecil2
-sejukkan baru keluarkan dari bekas atau dipotong kecil
---------------------------------------------------------------------------------------------------
RESEPI KUAH SUSU BERKOKTEL
1 tin buah2an koktel bersirap
2 tin susu cair
air gula secukupnya (ikut citarasa masing2 kalau nak manis
atau kurang)
air masak secukupnya
-campur semua bahan di dalam bekas @ mangkuk hidangan besar
-boleh juga masukkan sumi jelly sebagai tambahan
-(boleh juga di tambah buah2 potong segar yang lain seperti
strawberry)
-simpan kuah di dalam peti ais untuk menyejukkannya atau
letak air batu ketul
-bolehlah dihidang bersama puding kastad tadi